SIAPAKAH
SEBENARNYA ZULKARNAIN?
Sebenarnya pendapat popular bahawa
Zulkarnain adalah Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) telah dinafikan
oleh ramai sarjana Islam kerana setelah dikaji latarbelakang Iskandar
Zulkarnain, ternyata bahawa beliau bukanlah seorang yang berperibadi mulia
sebagaimana Zulkarnain yang diberitakan di dalam Al-Qur'an. Atas sebab itu
sarjana yang kemudian telah mengkaji lagi dan mencari siapakah sebenarnya
Zulkarnain itu.
Wahab bin Munabbih berpendapat
bahawa Zulkarnain adalah seorang raja Yaman bernama As-Sha'ab Zulkarnain bin
Al-Harith Zu Murathid bin Amru Al-Hammal Zu Manah bin Aad Zu Syidad bin Emir
bin Al-Milthat bin Saksak bin Wail bin Himyar bin Saba' bin Yusyiab bin Yi'rab
bin Qahtan bin Hud a.s. bin Emir bin Syalikh bin Arfafksyad bin Sam bin Nuh
a.s. Menarik juga kisah As-Sha'ab Zulkarnain ini kerana baginda ini dikatakan
hidup di zaman Nabi Musa a.s. dan satu lagi perkara menarik ialah bahawa Nabi
Khidir a.s. adalah menteri kanan kepada As-Sha'ab dan Khidir a.s. telah
mengikuti baginda bersama-sama dalam siri pengembaraan baginda untuk menakluki
negeri-negeri lain. Malah Khidir a.s. dikatakan telah menghilangkan diri selepas
As-Sha'ab Zulkarnain mangkat.
Seorang lagi raja yang dikaitkan
dengan Zulkarnain ialah Kaurasyh Al-Ikhmini. Pendapat ini dikemukakan oleh Abul
Kalam Azad, bekas Menteri Pendidikan India. Beliau telah menyelidik sejarah
Parsi kuno dan menemukan seorang raja yang terbilang sejarahnya. Kaurasyh
dikenali oleh orang Greek sebagai Syrus, dan orang-orang Yahudi menggelarnya
sebagai Khauras. Selain dari merupakan raja yang agung, Khaurasyh dikatakan
bersifat adil, hubungan dengan rakyat jelata adalah baik, dan menunjukkan sifat-sifat
kemanusiaan yang mulia.
Jika mahu dicatat satu persatu
berkaitan tiga raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain dalam Al-Qur'an itu akan
jadi amat panjanglah artikel ini. Memadailah untuk saya catat di sini pendapat
Muhammad Khair Ramadhan Yusuf yang telah mengkaji dengan terperinci mengenai
raja-raja berkaitan. Beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk tidak
mengaitkan salah satu dari tiga raja ini sebagai Zulkarnain yang disebut di
dalam Al-Qur'an. Adalah lebih baik bagi kita menganggap bahawa Zulkarnain yang
di sebut di dalam Al-Qur'an itu sebagai seorang raja agung yang beriman, yang
berperibadi mulia. Saya sendiri pun bersetuju dengan beliau, kerana
pendapat-pendapat ulama berkaitan perkara tersebut adalah sekadar pendapat dan
belum lagi mencapai tahap pembuktian yang benar-benar kukuh. Mungkin pada satu
hari nanti ulama Islam akan menemui bukti siapakah Zulkarnain yang dimaksudkan
di dalam Al-Qur'an. InsyaAllah.
YAKJUJ
DAN MAKJUJ DARI BERBAGAI SUMBER
Dari susut perkataan Yakjuj dan
Makjuj, Imam Al-Alusi, Ibnu Manzur dan Al-Hafiz Ibnu Hajar berpendapat bahawa
perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari bahasa asing (bukan bahasa Arab).
Sesetengah ulama lain mengatakan ia berasal dari bahasa Arab. Abul Kalam Azad
pula menyatakan bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal daripada bahasa
Ibrani, dan pada asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat Yunan menyebutnya
sebagai Gog dan Magog.
Berbagai pendapat telah dikemukakan
mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut Imam Al-Alusi, Wahab bin
Munabbih, dan ramai ulama termasuk pada masa kini, Yakjuj dan Makjuj berasal dari
kalangan anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Al-Kisai menyatakan dalam kitab
Al-Ara'is bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar, Banras, Asyar, Askuwail dan
Mayasheikh, dan Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan Asyar. Hadis dari Ibnu
Abi Hatim dan Hakim melalui Abu Hurairah menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj
adalah dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sesetengah ulama berpendapat bahawa
Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith iaitu bapa kepada bangsa Turki,
dan mereka menamakannya sebagai bangsa Turki kerana Yakjuj dan Makjuj itu
"terpisah atau tinggal" pada satu arah di belakang tembok. Ada juga
yang berpendapat bahawa Yakjuj berasal dari Turki sementara Makjuj pula berasal
dari Al-Gel dan Ad-Dailam.
Dari segi sifat Yakjuj dan Makjuj
pula, banyak pendapat yang berbeza-beza telah dikemukakan oleh para ulama.
Sebahagiannya dianggap terlalu aneh, pelik dan menyimpang dari realiti dan
telah dianggap sebagai dongeng Isra'iliyat. Para pengkaji percaya bahawa Yakjuj
dan Makjuj digambarkan oleh sebahagian ulama sedemikian rupa semata-mata untuk
menarik minat pembaca. Sepatutnya Yakjuj dan Makjuj tidak digambarkan
sewenangnya hingga boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam. Ibnu Jarir
ada meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih secara terperinci mengenai kisah
Zulkarnain dan pembinaan tembok, tetapi tidak menyentuh mengenai sifat-sifat
Yakjuj dan Makjuj. Para pengkaji berpendapat bahawa hadis-hadis ganjil
berkaitan sifat Yakjuj dan Makjuj ini tidak sah dari segi sanadnya. Secara
umumnya kini para pengkaji berpegang pada prinsip bahawa Yakjuj dan Makjuj
adalah manusia, anak-anak Adam, dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sheikh Abdul
Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah diketahui sama ada Yakjuj dan Makjuj
punya perbezaan ketara dari sudut tubuh, mungkin ada kelainan dari segi warna
kulit, akhlak dan adat, tapi mungkin dari sudut kekuatan dan membentuk
kerajaan.
Menurut hadis diriwayatkan oleh
Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru bin Aus daripada
datuknya, bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima' secara bebas dengan perempuan
dari kalangan mereka (maksudnya mereka menjima' sesuka hati) dan ikatan
perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak mereka sendiri. Ibnu Hajar
berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor perkilangan,
pemerintahan dan sebagainya, dan anggota kerajaan serta rakyat amat patuh
kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok
dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-peralatan.
Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan
Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya' Ayat 96,
ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang
tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan
jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh
Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan
oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam:
"Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang
mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan
lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi
dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: "Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj)
kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik". Imam Al-Alusi berpendapat
bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah
berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah
mereka sangat ramai.
Apakah jenis kerosakan yang
dilakukan oleh Yakjuj dan Makjuj? Sesetengah ulama berpendapat bahawa mereka
ini melakukan kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti
binatang yang merangkak, liar dan ganas. Mereka juga memakan ular, kala dan
semua yang bernyawa. Al-Kalbi berpendapat: "Mereka ini keluar ke bumi pada
musim bunga dan memakan semua yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang
kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa
dengan mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh." Sesetengah ulama lain
berpendapat bahawa mereka memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi
setelah mereka keluar.
Sebahagian ulama' berpendapat
bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol. Syed Qutub seorang pengkaji Islam
yang masyhur berpendapat bahawa ada kemungkinan Yakjuj dan Makjuj adalah orang
Mongol, kerana itulah orang Mongol dan Tartar mengganas serta membuat
kebinasaan di Timur. Doktor Abdul Halim berpendapat bahawa Tartar adalah nama
bagi bangsa yang berlainan petunjuk dengan sebab berlainan masa, tapi Thomson
berpendapat bahawa Tartar merupakan nama yang digelarkan ke atas bangsa Mongol
atau satu puak daripada mereka, dan bukan ke atas bangsa Turki. Thomson juga
berkata bahawa orang-orang Turki telah keluar dari Mongolia sebagai jalan
penyelesaian, dan tempat mereka diganti oleh orang-orang Mongol. Setengah dari
kaum Tartar telah berpakat dengan puak Turki ketika keluar dari Mongolia dan
berpindah bersama dari Asia Tengah menuju ke arah barat. Ibnu Al-Athir
menggelarkan "At-Taiman" terhadap nenek-moyang Genghis Khan, dan
mereka ini dianggap nenek-moyang bangsa Tartar. Ternyata bahawa bangsa yang
asalnya berketurunan Mongol dan bertutur bahasa Mongolia adalah Tartar. Nama
Mongol dan Mongolia mula digunakan secara rasmi oleh Genghis Khan. Imam
Al-Qasimi juga berpendapat bahawa mereka adalah orang Mongol dan Tartar.
Persoalan mengenai siapakah Yakjuj
dan Makjuj juga telah mendapat perhatian dan telahpun dikaji dengan terperinci
oleh sarjana-sarjana Islam. Secara ringkasnya, ada yang berpendapat bahawa kaum
ini adalah bangsa Mongol dan Tartar yang memang terkenal ganas dan telah
menyerang dan menakluki sebahagian besar muka bumi, dan kaum Mongol jugalah
yang telah mengalahkan kerajaan Abasiyyah dan menghancurkan Baghdad sekitar
kurun ke 12. Bangsa Mongol ini dikatakan membunuh manusia dengan kejam dan
merosakkan apa yang mereka temui dalam siri penaklukan mereka. Bangsa ini
jugalah yang menyebabkan Shih Huang Ti membina Tembok Besar China, dan kerja
hebat itu disambung oleh raja-raja yang kemudian. Ada mungkin telah tahu
nama-nama Genghis Khan, Kublai Khan dan Hulagu. Mereka ini adalah antara
raja-raja Mongol yang terkenal dalam sejarah.
Doktor Al-Butiy berkata "Apa
yang dikatakan oleh sesetengah mereka hanyalah merupakan satu pendapat atau
ijtihad semata-mata bahawa (Yakjuj dan Makjuj) adalah orang-orang Tartar dan
Mongol.." Ada pendapat yang menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini
adalah dari bangsa Yahudi atau beragama Yahudi. Kaum Yahudi dikatakan pernah
menduduki kawasan timur dan kemudiannya berpindah ke Eropah melalui Dariel Pass
yang berada di banjaran gunung Caucasus. Dalam sebuah artikel oleh Colonel R.G.
Pearse berjudul The National Message, banyak bukti telah dikemukakan bahawa
kabilah Yahudi telah melalui kawasan Pergunungan Caucasia masuk ke Eropah pada
kurun-kurun awal sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Colonel Pearse dikatakan telah
tinggal di kawasan ini beberapa tahun. Ada dua jalan melalui gunung-ganang
Caucasia ini. Satu darinya bernama Jalan Georgia, dan satu lagi adalah denai
keldai, pada masa silam jalan ini dikenali sebagai "Lorong (Bani)
Israel". Diceritakan bahawa bila 10 kabilah (Bani) Israel berpindah dari
Guta di Media ke Arsareth, mereka (dalam bilangan yang ramai) perlu melalui
banjaran Caucasia ini. Banjaran ini panjangnya beratus batu.. Mereka
kemudiannya sampai ke (kaki) Gunung Kazbek, kemudian masuk ke siri gaung yang
berbatu-batu, yang dinamakan Gaung Dariel, atau Gaung Darius... Kemudian
melepasi kaki bukit, hingga muncul di dataran Eropah di Gerbang Caucasus.
Saya berpendapat bahawa walaupun
kabilah Yahudi ini dikatakan telah berpindah melalui Lorong Dariel, belumlah
dapat dipastikan sama ada mereka ini telah berpindah kesemuanya sebelum Tembok
Zulkarnain dibina. Dan satu perkara lagi, hingga masa kini pun, sebenarnya
Lorong Dariel boleh dilalui oleh sesiapa yang mengikut jalan di atas bumi.
Maksud saya ialah, setakat yang saya faham, Tembok Zulkarnain itu dibina untuk
mengepung kaum Yakjuj dan Makjuj dari keluar ke atas muka bumi, bukan mengepung
dari satu kawasan atas bumi ke satu kawasan yang lain. Kemungkinan bahawa
sebahagian dari kaum Yahudi inilah yang dinamakan kaum Yakjuj dan Makjuj dan
mereka telah melakukan kerosakan yang besar di muka bumi mengatasi bangsa
Mongol tapi kebanyakan dari peristiwa itu telah "dipadamkan" dari
sejarah oleh bangsa Yahudi yang berada di atas bumi. Saya berpendapat demikian
kerana antara banyak bangsa-bangsa di dunia ini, bangsa Yahudi adalah bangsa
yang dianggap paling bongkak, kejam dan tidak berperi-kemanusiaan. Mereka ini
menganggap bangsa-bangsa lain seperti binatang ternak yang "halal"
disembelih. Lihatlah apa yang telah mereka lakukan ke atas rakyat Palestin pada
masa sekarang.
Dalam kitab Al-Badu Wa At-Tarikh:
"Semua ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj tinggal di sebelah timur
muka bumi." Imam Al-Masudi berkata: "Mereka tinggal di bandar
terpencil di sebelah timur jauh diantara sempadan negara China dan di hujung
Mongolia. Di situ Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok yang besar
bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj daripada keluar ke muka bumi untuk membuat
kerosakan." Tantawi Jauhari berkata: "Di dalam risalah-risalah
terdahulu yang dikarang sekitar kurun ke 3 dan ke 4 telah menjelaskan bahawa
Yakjuj dan Makjuj adalah penduduk yang berada di sudut yang maju di utara
China. Dihadkan negara mereka sekitar 27 darjah ke utara hingga 50 darjah.
Negara ini sekarang merupakan bahagian yang besar di China dan ianya
(lokasinya) sekarang merupakan ibu negaranya iaitu Beijing."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar